Juara beregu campuran Terbuka Jerman, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, gagal mara ke pusingan 16 selepas mudah kecundang kepada pasangan tuan rumah, Chris Adcock dan Gabrielle Adcock, 21-14, 21-15 dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham, awal hari ini.
Pasangan negara itu nyata tidak mempunyai jawapan kepada kepantasan serta pukulan tajam pilihan ketujuh kejohanan yang juga pasangan suami isteri itu untuk tersingkir awal dalam penampilan pertama Seluruh England.
"Persembahan terbaik gagal dikeluarkan dan rentak juga hilang. Kami mencari-cari permainan kami dalam gelanggang ketika beregu lawan mendapat keyakinan mereka," kata Shevon.
Soon Huat menambah: "Memang hari ini kami tidak beraksi baik dan saya kecewa kerana gagal dalam pusingan pertama. Ini adalah penampilan pertama dan kami mengharapkan keputusan yang baik di sini."
Kini hanya Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meneruskan cabaran ke pusingan kedua selepas penyingkirkan Shevon-Soon Huat dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Kemaraan Peng Soon-Liu Ying adalah selepas menewaskan pasangan adik-beradik, Sam Magee dan Chloe Magee, dari Ireland dalam aksi tiga set 18-21, 24-22, 21-15.