Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tiada cara lain selain perlu mengerah kudrat untuk menumbangkan beberapa pemain utama Jepun dalam usaha untuk mengelak pulang awal dalam Kejohanan Seluruh England 2019.
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan itu, namun perjalanannya tidak lama apabila disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Cerita sama mungkin berulang dalam edisi kali ini apabila Jin Wei dijangka bertemu satu lagi pemain Jepun, Nozomi Okuhara, yang juga juara edisi 2016, dalam pusingan kedua sekiranya dia berjaya melepasi pusingan pertama menentang Sayaka Takahashi.
Rakan sepasukan, Soniia Cheah, pula akan menentang Ohori kali ini dalam pusingan pertama.
"Saya tidak gementar berdepan mereka. Berdepan beberapa pemain berkualiti sebelum ini menjadi bekalan serta pengalaman untuk menghadapi Seluruh England," kata Jin Wei.
Ironinya, minggu lalu, Jin Wei dinafikan peluang mara ke perlawanan akhir Terbuka Jerman setelah tumpas kepada seorang lagi pemain Jepun, Akane Yamaguchi.
Namun, untuk Jin Wei, dia berasakan prestasinya lebih baik berbanding persembahan buruk dalam Kejohanan Kebangsaan di Ipoh, 18-23 Februari lalu.
"Saya berharap dapat menghasilkan strategi yang lebih baik berbanding dalam Terbuka Jerman," kata Jin Wei.