Perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, sedia memikul tanggungjawab sebagai harapan Malaysia dalam Seluruh England bermula esok, dengan kejutan mahu dicipta sebagaimana pernah dilakar dalam Kejohanan Badminton Dunia edisi lalu.
Setakat ini, Daren bakal menjadi wakil tunggal negara bagi acara perseorangan lelaki.
Ia ekoran jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, masih belum berada dalam keadaan terbaik untuk bersaing dalam kejohanan kompetitif sementara Lee Zii Jia masih perlu menunggu keputusan daripada mesyuarat pengurus untuk mengetahui status penyertaannya.
Bagaimanapun, Daren mengakui situasi kali ini berbeza jika dibandingkan dengan Kejohanan Dunia di Nanjing, China tahun lalu yang menyaksikan dia membawa pulang pingat gangsa meskipun tidak diberikan harapan tinggi.
"Saya beraksi sebagai pemain profesional, kurang tekanan dan berharap dapat menghadapi Seluruh England tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Daren bakal menentang pemain Thailand, Suppanyu Avihingsano, dan dijangka berentap dengan juara bertahan yang juga pilihan kedua kejohanan dari China, Shi Yuqi.
"Perkara paling penting adalah mentaliti saya menghadapi kejohanan kali ini. Saya mahu membentuk keyakinan dalam pusingan awal sebelum menghadapi lawan yang lebih sukar nanti."