Datuk Lee Chong Wei mempamer aksi penuh berhati-hati sebelum mencatatkan kemenangan 21-15, 21-17 ke atas pemain Brazil, Ygor Coelho De Oliveira, dalam pusingan pertama untuk mara ke peringkat 16 , Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham, awal hari ini.
Jaguh perseorangan negara itu tampak cuba mencari penyesuaian gelanggang bagi mendapatkan rentak permainan.
Ini memberi peluang kepada Coelho untuk menyaingi mata menentang pilihan kedua itu sebelum Chong Wei meningkatkan tahap permainannya untuk mendahului 16-13. Chong Wei kemudian menyerahkan hanya dua mata kepada Coelho sebelum menamatkan set pertama 21-15.
Set kedua turut menyaksikan permainan berhati-hati Chong Wei dengan memastikan dia selangkah di depan Coelho sebelum menamatkan permainan dengan kemenangan 21-17.
"Saya 100 peratus fokus dan tidak memandang rendah lawan. Kalau kita pandang rendah dan lawan mendapat keyakinan, kita akan sukar untuk mengejar.
"Saya fokus persembahan diri sendiri dan berharap mendapat rentak yang baik dalam perlawanan pertama ini.
Chong Wei seterusnya akan berdepan Lee Dong-keun dari Korea Selatan dalam pusingan kedua.
Sementara itu, perseorangan utama wanita negara, Soniia Cheah Su Ya, gagal memanfaat kelebihan mengawal perlawanan, terutama dalam set kedua ketika mendahului 18-13, sebelum tumpas 21-16, 18-21, 9-21 kepada Fitriani dari Indonesia.
Terdahulu, seorang lagi perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mara ke pusingan kedua selepas lawannya dari China, He Bingjiao, menarik diri dalam set pertama ketika pemain negara itu mendahului 6-1.