Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Cabaran Peng Soon-Liu Ying berakhir

pengsoonliuying.jpg
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, gagal meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Kejohanan Seluruh England selepas kalah kepada wakil China, Zhang Nan-Li Yinhui, 24-22, 22-20 sebentar tadi.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu dalam usaha untuk kembali mencari rentak terbaik, bagaimanapun mereka digagalkan oleh beregu pilihan ketujuh kejohanan.

Begitupun, pujian harus diberikan kepada pasangan Malaysia itu selepas mereka hampir mencipta kemenangan tetapi kesilapan demi kesilapan dalam set pertama memberikan kemenangan 24-22 kepada lawan.

Dalam set kedua, Peng Soon-Liu Ying terus memberikan saingan kepada lawan namuan kesudahannya tetap akur dengan tunduk 22-20.

"Kami telah cuba bermain dengan baik tetapi sifat tergesa-gesa menghukum kami sehingga tewas dalam perlawanan ini," kata Liu Ying.

"Secara keseluruhan, kami telah cuba memberikan terbaik. Gagal meraih mata-mata penting dalam perlawanan menyaksikan kami tewas kepada wakil China itu," kata Peng Soon.

Advertisement

Must Watch Video