Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berharap pencapaian dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 dapat menghidupkan peluang mereka dalam misi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Aaron-Wooi Yik berpeluang untuk memperbaiki kedudukan mereka selepas muncul naib juara Seluruh England, hujung minggu lalu.
Pasangan beregu lelaki negara itu hanya perlu mengekalkan aksi konsisten dalam setiap kejohanan yang disertai mereka selepas ini.
Ia bagi membantu mereka dalam pemburuan mata kelayakan ke temasya Tokyo 2020 selain menjadi prospek untuk meraih pingat dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Kami cuma boleh mengharapkan untuk melonjak ke sistem 'tier' kedua yang diperkenalkan dalam program Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ini kerana kami sendiri pun masih belum jelas dengan sistem 'tier' itu, lagipun jurulatih juga tidak mengulas panjang lebar.
"Kami hanya fokus kepada diri sendiri dengan menampilkan aksi terbaik," kata Aaron.
Saingan kelayakan akan bermula 1 Mei depan dengan 16 gandingan terbaik sahaja akan layak manakala sebuah negara diperuntukan untuk menyenaraikan dua wakil sahaja.
Tiba di tanah air malam tadi, Aaron-Wooi Yik yang digandingkan sejak 2017 itu tampak mahu menamatkan 'badi' juara dalam Terbuka Malaysia, bulan depan.
"Sejak tahun lalu lagi, kami menaruh harapan untuk memenangi kejohanan.
"Kalau boleh, kami mengharapkan satu gelaran, tidak kira dalam kejohanan apa sekalipun," tambah Aaron.