Skip to main content

Advertisement

Badminton

Seluruh England: Aaron-Soh tekad pertingkat mutu permainan

aaronwooiyik.jpg
Pemain beregu negara, Aaron Chia, berazam untuk mempamerkan persembahan lebih berkualiti dalam kejohanan akan datang selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Seluruh England, kelmarin.

Aaron dan Soh Wooi Yik yang menamatkan saingan Seluruh England selaku naib juara, berjaya menarik perhatian dunia badminton ketika bertemu gandingan berpengalaman Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, dalam final.

Kejutan yang dipamerkan dalam saingan Kejohanan Dunia tahun lalu telah dibuktikan bukan sekadar nasib apabila berjaya menumbangkan beberapa nama besar lain seperti Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia) dan Liu Cheng-Zhang Nan (China).

Berekad mempamerkan persembahan yang lebih baik untuk kejohanan seterusnya, Aaron menggariskan kawalan emosi dalam gelanggang merupakan kunci buat gandingan itu melangkah ke final.

"Kami memperbaiki permainan perlawanan demi perlawanan. Kami juga belajar cara mengawal emosi dalam kejohanan yang besar. Ia telah memberikan motivasi yang tinggi kepada kami," katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berharap pencapaian mereka muncul naib juara akan digunakan sebagai pemangkin peningkatan mutu permainan keseluruhan skuad beregu negara. 

"Kami berharap dapat meningkatkan lagi mutu skuad beregu negara bagi menaikkan lagi mutu permainan, sekali gus memperbaiki kedudukan ranking dunia selepas ini," kata Wooi Yik.

Advertisement

Must Watch Video