Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, mahu sekali lagi mencipta kejutan dalam saingan Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 sebagaimana aksi sama ditampilkan dalam Kejohanan Dunia tahun lalu.
Aaron dan Wooi Yik mengorak langkah kanan dalam penampilan pertama mereka dalam Seluruh England apabila melepasi pusingan pertama menundukkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 12-21, 21-16, 21-16.
Aaron dan Wooi Yik, yang hadir ke Arena Birmingham sebagai gandingan "underdog", sedia mencipta kejutan seperti penampilan pertama mereka dalam Kejohanan Dunia di Nanjing, Julai lalu, apabila mara hingga peringkat suku akhir di samping menumbangkan beberapa pemain ternama.
"Kami sangat gembira kerana beraksi dengan cemerlang dalam penampilan pertama Seluruh England. Kami mahu terus mencipta kejutan seperti yang dilakukan dalam Kejohanan Dunia," kata Aaron.
Turut sama melangkah ke pusingan kedua merupakan pasangan beregu lelaki profesional, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang menyingkirkan Berry Angriawan-Hadrianto Hadrianto dengan kemenangan 21-14, 17-21, 21-17.
"Kami berjaya mencuri banyak mata dan gagal memberikan rentak kepada lawan. Mereka bangkit dalam set kedua sebelum kami memastikan kemenangan menerusi set penentuan," kata V Shem.
Turut mengikut jejak langkah ke pusingan kedua, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, yang menewaskan wakil Indonesia, Ronald Ronald-Annisa Saufika 21-16, 21-11.
Sementara itu, Malaysia terpaksa akur dengan penyingkiran dua pemain perseorangan wanita negara, Soniaa Cheah dan Goh Jin Wei, yang masing-masing tewas kepada wakil Jepun, Aya Ohori 21-15, 21-16 dan Sayaka Takahashi 22-20, 21-13.