Pasangan muda meningkat naik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, mahu mencipta satu lagi kejayaan dalam penampilan sulung mereka di pentas Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 dengan memasang impian untuk mara ke final.
Setelah satu persatu gergasi tumbang, Aaron dan Wooi Yik berhasrat untuk meneruskan impian mereka, cuba mara ke final Seluruh England 2019 dalam penampilan pertama mereka di pentas itu.
Ia perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh Aaron dan Wooi Yik setelah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir semalam susulan kejayaan menumbangkan juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik, Zhang Nan-Liu Chen, dari China dalam aksi tiga set yang cukup mendebarkan dengan kemenangan 21-19, 17-21, 21-12.
"Sebelum ini, saya pernah menyaksikan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong memenangi Seluruh England dan ketika itu saya ingin mengikut jejak langkah mereka. Jadi, ia menjadi motivasi untuk hari ini," kata Wooi Yik.
Lawan menanti selepas ini merupakan pemenang perak Sukan Asia 2018, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, yang sebelum itu menyingkirkan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam satu lagi aksi suku akhir.
Untuk rekod, ia juga kali pertama Aaron dan Wooi Yik mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertaraf 1000.
"Untuk aksi esok, kami pernah berdepan mereka ketika Masters Malaysia tetapi itu sudah berlalu. Namun, ia boleh membantu tahap keyakinan kami untuk terus meningkatkan prestasi," ujar Aaron.