Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, mahu cuba meruntuhkan tembok China, Liu Cheng-Zhang Nan, selepas melakar kejutan untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2019.
Aaron dan Wooi Yik sekali lagi mempamer prestasi memberangsangkan untuk menumbangkan Kim Astrup dan Anders Skaarup Rassmusen dari Denmark dalam aksi sebelum ini.
Biarpun lawan merupakan pilihan kelima kejohanan, beregu negara itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-19, 21-16, sekali gus melakar tiga kemenangan berturut-turut ke atas gandingan Denmark itu.
Kemaraan ke suku akhir juga menjadi satu pencapaian mengagumkan buat pasangan muda negara itu yang membuat penampilan pertama dalam saingan Seluruh England.
"Saya rasa pencapaian ini mirip Kejohanan Dunia tetapi kami tidak mahu tertekan, sebaliknya cuba menghadapi aksi demi aksi. Kami tidak mahu terlalu yakin," kata Wooi Yik.
Pencapaian Aaron dan Wooi Yik dalam Seluruh England kini menyamai pencapaian mereka ketika penampilan pertama di pentas Kejohanan Dunia di Nanjing tahun lalu.
Berbekalkan semangat tinggi, Aaron dan Wooi Yik sudah sedia untuk menumbangkan satu lagi gergasi, Liu Cheng-Zhang Nan, walaupun lawan memiliki status sebagai juara dunia 2017 dan juga pilihan kedua kejohanan.
"Dalam suku akhir awal pagi esok, tiada apa yang merugikan kami kerana mereka juara Olimpik. Namun, kami akan lakukan yang terbaik. Mungkin akan cuba bertanya kepada rakan senegara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, kerana mereka sudah bertemu wakil China itu beberapa kali," ujar Aaron.