Pemain perseorangan lelaki negara, Eogene Ewe Eon, dianggap bakat baru dalam perseorangan lelaki negara.
Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim bersetuju dengan kenyataan bekas pemenang perak Sukan Olimpik Rio bahawa gaya permainan Eogene seolah-olah mirip seperti Ng Tze Yong.
"Dia memiliki satu struktur yang baik untuk seorang pemain perseorangan. Sudah tentu ada banyak lagi yang harus dia belajar maksudnya pengalaman.
"Mungkin betul apa yang Goh Liu Ying katakan, corak permainan dia mirip Ng Tze Yong dan mungkin saiz dia pun sama termasuk ketinggiannya tetapi masih banyak lagi perlu belajar.
"Semalam bila bertemu dengan Brunei belum nampak lagi cabaran. Mungkin bertemu dengan Taiwan atau Kazakhstan, kalau dia diturunkan, mungkin dekat sini kita akan nampak dan menilai sebenarnya tahap dia di mana," katanya di Astro Arena sebentar tadi.
Pemain di ranking ke-298 dunia itu antara pertaruhan negara yang sedang dalam misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2023 di Setia Jaya Convention Centre, Shah Alam.
Roslin turut berkongsi bahawa medan ini merupakan kelebihan besar buat Eogene menyerlahkan keupayaannya untuk Piala Thomas sementara Justin Hoh masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan putus Archilles Tendon pada kaki kiri April 2022.
"Ini satu peluang untuk beliau, bukan menidakkan keupayaan Justin Hoh memandangkan kecederaannya yang serius, Archilles tendon putus, ini adalah peluang Eogene untuk membuktikan yang dia disenaraikan dalam pasukan satu keputusan yang betul, jadi dia harus membuktikan keupayaannya," katanya.