Menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 (SELBATC) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) Shah Alam dari 13 hingga 18 Februari ini, Lee Zii Jia kembali ke tanah air dengan semangat aura terbaru susulan sesi latihan yang cukup baik di Korea Selatan yang juga memiliki fasiliti dan prasarana terbaik di dunia.

Zii Jia berterima kasih kepada Persatuan Badminton Korea kerana menerima kehadiran beliau. Kejohanan yang berlangsung di Shah ALam ini akan menjadi detik kebangkitan Zii Jia dan jurulatihnya Wong Tat Meng selepas melalui prestasi kurang memberangsangkan di sepanjang musim lalu.

Di Korea Selatan, Zii Jia telah pun berlatih dengan Juara Kejohanan Dunia 2023, Seo Seung-jae, dan pemain perseorangan lelaki Korea, Jeon Hyeok-jin. Dengan ini pastinya Zii Jia memperoleh pengalaman dan pelbagai skil terbaru yang akan diterjemahkan di gelanggang nanti.

Skuad berpasukan lelaki Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Chinese Taipei, Kazakhstan dan Brunei.