Pasukan pilihan, Selangor, muncul juara keseluruhan Kejohanan Badminton Sirkit Remaja
Kebangsaan Zon B yang berakhir di Kuala Terengganu, kelmarin, selepas meraih lapan pingat emas.
Dominasi Selangor dilihat selepas menguasai kategori bawah 16 tahun yang dimulakan Jimmy Wong
dalam acara perseorangan lelaki dengan menewaskan rakan sepasukan, Chua Jin Yang, 21-11, 21-16.
Jimmy, yang berpasangan dengan Siow Zi Feng, turut menjuarai acara beregu mengatasi gandingan
Kelantan, Muhammad Hafizullah Mohd Sukran dan Muhammad Azim Izzudin Rosli, 21-18, 21-13.
Acara perseorangan perempuan pula menemukan dua wakil Selangor, yang dimenangi Letshanaa
Karupathevan 21-7, 21-13 ke atas Loh Zhi Wei.
Letshanaa meraih pingat emas kedua peribadi dalam acara beregu apabila gandingannya bersama
Venosha Radhakrishnan mengalahkan beregu Kedah, Cheng Su Hui dan Cheng Su Yin, 21-19, 21-14.
Selangor menambah dua lagi emas dalam kategori bawah 14 tahun melalui Kok Zia Zheng dalam
acara perseorangan lelaki dan Siti Nurshuhaini Azman menerusi acara perseorangan perempuan.
Muhammad Faiz Hazriq Masawi melengkapkan lapan pingat emas Selangor selepas mengungguli
acara perseorangan lelaki serta beregu lelaki bawah 12 tahun bersama pasangannya, Lok Hong Quan.
Jurulatih badminton remaja negeri itu, Danan Jaya, yang ditemui, begitupun, mengakui masih belum
berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Selangor.
Menurutnya, prestasi beberapa pasangan beregu dalam kategori bawah 14 tahun dan bawah 12
tahun masih belum mencapai tahap memuaskan.
“Sasaran kami dalam sirkit ini ialah 10 pingat emas, namun gagal dicapai. Pemain-pemain sudah
menunjukkan usaha mereka.
“Latihan akan diteruskan selepas ini untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian lapan pingat
emas dalam sirkit kedua di Kedah nanti,” ujarnya.