Saya bukan Tuhan, kata legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, selepas dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.
Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berharap peminat dapat berfikiran realistik terhadap cabaran yang sedang dihadapi kem badminton negara ketika ini.
Chong Wei berkata fokusnya kini adalah untuk bekerjasama dengan pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan bagi mengenal pasti masalah pemain dan mencari penyelesaian praktikal.
"Jurulatih hanya boleh menyediakan program latihan tetapi yang akan bermain adalah pemain," katanya kepada Astro Arena.
"Kalau jurulatih memberi arahan untuk pemain bermain secara menyerang tetapi pemain sendiri tidak mahu, macam mana?
"Sama juga dengan prestasi, saya tidak boleh paksa mereka untuk sentiasa menjadi juara, ia bergantung kepada pemain itu sendiri.
"Tetapi saya boleh kongsikan pengalaman saya sepanjang 19 tahun bersama BAM, bagaimana untuk memberikan galakan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
"Kerana bukan kami yang bermain. Mungkin jurulatih boleh berbincang dengan saya untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Dan saya bukan 'Tuhan', apabila saya datang kita akan ada juara Olimpik tetapi kita berharap akan ada juara Olimpik nanti.
"Peranan utama saya adalah bertanya dan cuba menyelesaikan masalah mereka agar mereka dapat fokus hanya untuk kejohanan dan latihan. Ketepikan perkara lain kerana ada yang akan menyelesaikan masalah mereka nanti," katanya.
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.
Grab Sekarang