Bekas pemain perseorangan badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim, tetap memilih Lee Zii Jia sebagai sandaran terbaik negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Berdasarkan ranking semasa, Zii Jia dan perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, kini berada di kedudukan terbaik untuk memburu tiket ke temasya itu.
Datuk Lee Chong Wei pula berada di ranking ke-44 dunia dan akan berdepan pengembaraan luar biasa demi memenuhi aspirasinya kembali ke pentas Sukan Olimpik.
"Jika kita ingin bercakap tentang Chong Wei, ia berkemungkinan agak sukar kerana masalah kesihatannya, namun Zii Jia dan Daren memiliki ranking terbaik dan kita perlu mengharapkan kedua-dua pemain itu layak ke Sukan Olimpik," katanya.
Dengan kelayakan ke temasya itu akan berlangsung untuk tempoh yang panjang -- bermula 29 April ini hingga 26 April tahun depan -- Roslin menjangkakan ia akan menghadirkan pelbagai kejutan.
Selain memberikan sokongan kepada Zii Jia, program untuk perseorangan lelaki lain dalam kem kebangsaan seperti Cheam Jun Wei dan Leong Jun Hao juga tidak boleh diabaikan.
"Peluang itu amat penting bagi membentuk kematangan dan pengalaman mereka dalam menyertai kejohanan yang lebih besar.
"Namun, kita harus melihat kembali prestasi dan kedudukan ranking mereka kerana ia mungkin agak sukar untuk bersaing dalam kejohanan bertaraf 750 kerana jurang ranking yang terlalu jauh.
"Jadi, mereka perlu memberikan lebih fokus untuk mendapatkan keputusan lebih baik dalam kejohanan bertaraf 300," tambahnya.