Olimpian negara, Roslin Hashim, menganggap ketiadaan Ng Tze Yong untuk merebut slot dalam Sukan Olimpik Paris 2024 amat mendukacitakan.

Namun, yang lebih menjadi tumpuan utama adalah ke mana hala tuju kem perseorangan lelaki negara.

Dalam perkongsian lanjut bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, dia berkata: "Pemilihan pemain berdasarkan ranking Olimpik.

"Bila kita tengok edisi terakhir pada 2008, kita ada dua wakil perseorangan dan selepas itu hanya ada seorang wakil sahaja iaitu Datuk Lee Chong Wei.

"Perseorangan lelaki negara memang ramai dan pada awal 2000-an, ada enam pemain Malaysia dalam kalangan 30 terbaik.

"Saya agak kecewa, ia satu keputusan yang baik untuk masa depannya.





"Perjalanannya masih ada, saya harap dia mengambil peristiwa ini sebagai pengajaran," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Begitupun, atlet juga tidak seharusnya bergantung kepada program yang disediakan sahaja, sebaliknya perlu ada inisiatif sendiri dalam soal disiplin.

"Sedangkan negara lain untuk mendapatkan tempat dan saban tahun melahirkan pemain.

"Di sini hanya nampak program daripada kejurulatihan dan pasukan sokongan.

"Benda ini berbalik kepada atlet itu sendiri, tentang rutinnya pada setiap hari.

"Sebagai pemain, dia juga ada tanggungjawab terhadap dirinya snediri," katanya.