Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, bersetuju dengan pendekatan Lee Zii Jia untuk berehat seketika daripada kejohanan antarabangsa.
Perseorangan lelaki profesional negara itu memilih untuk berehat selepas tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia di Jakarta pertengahan bulan ini.
Bagi Roslin, Zii Jia mengambil satu pendekatan yang betul untuk memulihkan prestasinya dan yakin tidak sukar untuk jaguh negara berkenaan mengembalikan semula momentumnya dan memperbaiki ranking.
"Jika kita lihat, dia tidaklah bergelut dengan terlalu teruk," katanya kepada Astro Arena.
"Walaupun rankingnya jatuh sehingga ke-13 dunia, atau mungkin ke-15 dunia, dalam kedudukan seperti itu tidaklah terlalu sukar untuk dia mengejar kembali.
"Jika rakingnya dalam kelompok 40 hingga 50 dunia, itu barulah sukar (untuk mengejar).
"Jika sekarang ini dia sudah rasa lebih tenang, dan mungkin jika dia boleh mengembalikan prestasinya dengan kekal bersaing sehingga ke suku akhir atau separuh akhir, saya rasa rankingnya akan meningkat dengan mendadak.
"Tetapi apa yang penting adalah dia perlu konsisten. Kerana dia sudah rasa kesukaran beraksi dalam kejohanan berturut-turut," katanya.