Usai kemenangan dan raih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024, hari ini Lee Zii Jia tampil dengan ucapan keramat dan penghargaan terima kasih dalam tiga bahas berbeza di Instagram miliknya, @leeziijia.

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)


"Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 ini punya nilai yang luar biasa buat saya.

" Selepas Olimpik sulung saya di Tokyo 2020, saya sama sekali tidak menyangka laluan berliku yang bakal saya tempuh.

"Mujur dalam impian saya bergerak sebagai profesional saya memiliki sebuah pasukan dalam bentuk TeamLZJ yang cukup komited.

" Kerana mereka, saya memiliki kekuatan menghadapi jatuh bangun sejak menjadi professional pada 2022.

"Pingat gangsa ni tidak mungkin jadi realiti kalau tidak kerana cinta saya pada Malaysia, dan juga syukur kepada penaja saya @victorsport_official @lg_malaysia dan @my100plus.

" Kepercayaan yang mereka berikan disebalik pelaburan wang ringgit pada saya untuk merealisasikan apa sahaja impian saya membawa makna lebih besar untuk saya terus kekal bermotivasi.

" Tidak lupa juga kepada mereka yang pernah menaja saya serta Universiti Malaya yang memberikan saya kemudahan untuk meningkatkan prestasi saya, kejayaan ini saya kongsi bersama anda.

" Tidak ketinggalan warga Malaysia dan penyokong saya di seluruh dunia, terima kasih kerana menjadi sandaran sokongan fizikal, mental dan emosi saya untuk terus berjuang sebagai seorang professional.

Selain zahirkan ucapan terima kasih kepada barisan penaja Zii Jia juga menyantuni semua rakan pemenang taruh yang selalu ada untuk membantu dirinya.

"Juga kepada @kbsmalaysia serta @msn_malaysia_official kerana sentiasa menyokong atlet, @isnmalaysia atas bantuan perubatan sepanjang Olimpik, Terima Kasih kepada @olympicmas dan juga Chef De Mission Negara di Olimpik Paris Datuk Hamidin Mohd Amin dalam memastikan urusan penginapan dan terutama sekali, kad akreditasi membabitkan anggota pasukan saya agar saya memiliki kekuatan penuh bertanding di Olimpik Paris 2024.

"Tidak dilupakan Timbalan CDM Datuk @nicoldsquash yang sentiasa ada ketika setiap perlawanan menyokong saya.

" Iltizam saya adalah untuk memastikan Impian Pingat Emas Olimpik sulung Malaysia jadi realiti, saya akan terus bekerja keras berbekalkan doa dan sokongan anda semua.

" Terima Kasih."