Skip to main content

Badminton

Program 'Jejak Juara' inisiatif KLBA lahir permata baru arena badminton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klba-lancar-program-jejak-juara.jpg
Misi melahirkan permata baharu dalam arena badminton terus diperkukuhkan oleh Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) dengan program baharu 'Jejak Juara'.

Inisiatif itu menunjukkan misi persatuan yang mahu memberi penumpuan terhadap program pembangunan bagi memastikan Kuala Lumpur menjadi pengeluar pemain badminton yang berkualiti.

Program Jejak Juara itu bakal berlangsung pada tahun ini sehingga 2027 dan KLBA telahpun susun atur setiap program pembangunan yang akan digunapakai.

Program tersebut menyasarkan pelajar-pelajar seawal usia 10 tahun di 294 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Kuala Lumpur.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Empat sekolah telahpun dipilih sebagai lokasi pusat latihan daerah iaitu SMK Kepong Baru, SMK Sri Pantai, SMK Seri Bintang dan SMK Wangsa Melawati.

Advertisement

Must Watch Video