Hari pertama kem latihan badminton Piala Thomas dan Piala Uber serta Sukan SEA Hanoi yang bermula hari ini menyaksikan atlet negara mempamerkan semangat tinggi.
Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menjelaskan kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa latihan itu diadakan serentak kerana didorongkan kepentingan negara.
"Semua pemain positif, cukup bersemangat di atas gelanggang. Apa yang dipesan kemudian mereka jelmakannya di atas gelanggang.
"Keutamaan kami adalah Piala Thomas sementara dalam Sukan SEA pula, MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan BAM ada sasarannya juga.
"Saya harap gabungan pemain senior dan pelapis ini dapat membuahkan hasil yang diharapkan," kata Rexy.
Hampir semua atlet telah melaporkan diri kecuali perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei, yang masih berada di Korea Selatan.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, juga teruja dengan kem latihan yang dilakukan BAM setelah lama tidak berada di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara sejak beralih ke kancah profesional.
"Saya gembira berpeluang kembali ke BAM.
"Saya tidak sabar-sabar untuk menjalani persiapan dan sedia bantu pemain yang akan ke Sukan SEA," kata pemain ketujuh dunia itu.