Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Zii Jia tak sempat berpeluh sumbang mata pertama

jiaaa.jpg
Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menyumbangkan mata pertama dalam perlawanan kedua selepas beraksi dengan baik menewaskan wakil perseorangan Algeria, Adel Hamek, dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.

Pemain ke-10 dunia itu berjaya melakar kemenangan mudah ke atas pemain yang berada di kedudukan ke 222 dunia itu 21-8, 21-6 dalam perlawanan kedua kumpulan D.


 

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan wakil perseorangan kedua negara Chem June Wei akan turun berdepan Youcef Sabri Medel, sebentar lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video