Pemain berusia 26 tahun itu meletakkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, sebagai penanda aras buat dirinya sebelum berlangsungnya temasya Sukan Olimpik pada Julai nanti.
Walaupun sudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir, skuad negara bakal berdepan Denmark pada hari Selasa ini untuk penentuan juara Kumpulan D justeru bakal menjadi cabaran sebenar buat skuad negara.
RESULTS: #ThomasCup2024 | Group D
— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2024
?? 1-0 ??
Lee Zii Jia def. Adel Hamek 21-8 21-6#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/p1zd6ZqWGp
"Saya turun hari ini untuk persiapan berdepan Denmark nanti agar dapat perasaan bermain dan saya sendiri meminta pada jurulatih untuk turun kerana tempoh rehat dua hari jika tidak bermain sangat lama bagi saya.
"Tahun lepas sudah dua kali tidak menjadi dan saya berharap kali ini dapat turun melawan Axelsen untuk melihat sendiri prestasi saya ketika ini.
"Memang lawan kita tidak sama kedudukan tetapi kita membuat persiapan untuk dapatkan rentak berdepan Denmark nanti." katanya.