Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Tiada jaminan menang jumpa Viktor Axelsen -- Lee Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zii-jia.png
Perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menyedari bahawa banyak penambahbaikan yang perlu diperbaiki selepas tidak kesampaian menyumbangkan mata pertama dalam penutup Kumpulan D Piala Thomas apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, sebentar tadi.

Pemain berusia 26 tahun menganggap lawannya itu bukan mudah untuk dijinakkan walaupun pernah menewaskan pemain itu dalam Kejohanan Seluruh England pada 2021.

"Mungkin jangkaan terlau tinggi dan banyak penambahbaikan yang saya perlu perbaiki.

"Bukan mudah berdepan Viktor Axelsen jadi saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video