Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan, melaung amaran kepada skuad negara mengenai kelibat Weng Hongyang.
Sekiranya Malaysia berdepan China -- di peringkat kalah mati Piala Thomas di Bangkok yang bermula 8 Mei depan -- perseorangan muda meningkat naik yang masih segar dinobat juara Terbuka Korea Selatan 2022 itu berpotensi disenaraikan, justeru kelibatnya pasti akan diambil kira.
"Pemain muda kami terutama Ng Tze Yong masih memerlukan waktu.
"Jujur saya tidak pernah melihat aksi pemain muda negara lain cuma baru kelmarin saya melihat aksinya, begitu juga dengan pelapis Korea Selatan.
"Kalau dia bermain dalam Piala Thomas, kami harus berwaspada kerana barangkali dia diturunkan sebagai perseorangan ketiga," katanya di Akademi Badminton Malaysia (BAM), Bukit Kiara.
Senarai panjang nama pemain yang dipanggil ke kem latihan menjelang Piala Thomas dan Piala Uber merangkumi pemain muda Ong Ken Yon serta pemain profesional berpengalaman, Liew Daren.
Sementara itu, skuad wanita pula dibarisi nama-nama baru seperti Myisha Khairul dan Chan Wen Tse selain juara Sukan SEA 2017, S Kisona, dan Goh Jin Wei.