Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengumumkan senarai pemain yang akan menunjangi skuad Piala Thomas negara sebelum tarikh akhir 13 April ini.

Dengan ketidak-tentuan melanda skuad Piala Thomas yang bakal kehilangan khidmat beberapa pemain perseorangan utama akibat kecederaan ataupun penarikan diri, barisan kali ini mungkin tidak seampuh barisan-barisan sebelumnya.

Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria ketika diajukan persoalan ini dalam sidang media selepas Mesyuarat Kongres BAM semalam memberikan jawapan ini..

Bahagian perseorangan negara dilanda masalah kecederaan membabitkan perseorangan kedua, Ng Tze Yong, manakala kelibat perseorangan utama belum dapat disahkan.

"Tak ramai orang berpeluang untuk mewakili negara. Kalau dekat negara lain, orang bermati-matian untuk mewakili negara.

"Jasa atlet kepada negara akan sentiasa dikenang rakyat Malaysia, ia tidak boleh dijual beli.





"Saya harap kita ada pasukan yang kuat.

"Walaupun diletakkan sebagai pilihan kelima tetapi lihatlah apa yang terjadi dalam BATC (Kejohanan Badminton Berpasukan Asia), kami berada dalam final," kata di Nadi Weekend sebentar tadi.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama jagoan Eropah, Denmark, serta dua pasukan lagi iaitu Taiwan dan Algeria.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjulang piala keagungan badminton dunia ini ialah 32 tahun lalu iaitu pada 1992 di Kuala Lumpur.

"Sesiapa yang berada di tampuk tertinggi ranking ingin bersama-sama pasukan ini. Tidak kisah Lee Zii Jia, Ng Tze Yong atau Leong Jun Hao.

"Kami mahu pasukan yang berkualiti dihantar kerana melambangkan maruah kita.

"Sebagai sebuah pasukan, ia lambang negara kita dan itu tanggungjawab bersama," katanya.