Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir bertemu China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas.jpg
Skuad Piala Thomas negara melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengetepikan cabaran dari pasukan Jepun, sebentar tadi.

Kemenangan 3-1 itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir sejak 2016 yang diketuai oleh legenda negara, Datuk Lee Chong Wei. 

Malaysia mendapat mata pertama menerusi perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei di sebalik taruhan kedua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. 

Malaysia akan membuat perhitungan bertemu bekas juara edisi 2018, China, yang menewaskan juara bertahan, India, Sabtu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video