MALAYSIA 1 JEPUN 4
Malaysia terus bertemu jodoh dengan musuh serantau, Indonesia, di laluan suku akhir Piala Thomas esok selepas kecundang 1-4 kepada Jepun, sebentar tadi.
Malaysia menamatkan saingan Kumpulan D sebagai naib juara di Aarhus, Denmark, tetapi kekalahan hari ini sama sekali tidak menjejaskan langkah Malaysia selepas mengetepikan Kanada 5-0, kelmarin, dengan Denmark atau India menanti dalam babak empat terbaik.
Kemenangan tunggal Malaysia hari ini dirakamkan oleh taruhan terakhir, Leong Jun Hao yang mencipta kejutan 21-19, 21-18 ke atas Kenta Nashimoto.
Dalam pertarungan pembukaan, Lee Zii Jia jelas mahu menetapkan petanda aras buat kem negara tetapi kali ini terpaksa akur dengan kehandalan Kento Momota.
Pertemuan ketiga berturut-turut mereka dalam dua kejohanan terakhir ini menyaksikan tuah lebih memihak bintang nombor satu dunia tersebut selepas aksi sepanjang 1 jam 20 minit itu berkesudahan 15-21, 21-12, 23-21.
Bagaimanapun, harapan untuk menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelmakan cabaran sengit kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak direalisasikan apabila kesilapan sendiri kerap memerangkap mereka untuk akur tewas 13-21, 13-21.
Jepun menjadikan 3-0 apabila Kanta Tsuneyama mengetepikan Cheam June Wei meskipun pemain negara itu cuba mengejar kedudukan bermula hujung set pertama sebelum akhirnya akur 20-22, 13-21.
Akira Koga-Yuta Watanabe terus menghadirkan kekecewaan buat pasukan kebangsaan apabila membenam Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, juga dengan straight set 21-10, 21-16 untuk menempah undian dengan Korea Selatan.
"Momota agak keliru dengan permainan saya tapi dalam set kedua dia nampak lebih kental dan tukar strategi.
"Selepas ketinggalan jauh, saya pun sedia (melanjutkan pertarungan) dalam set ketiga.Cuma saya rasa agak kecewa ketika mendahului 20-18 tidak dapat menamatkan permainan.
"Hari ini mental memisahkan kami," kata Zii Jia.
Beregu lelaki, Aaron, yang mengulas mutu aksi sendiri hari ini berkata: "Selepas dua kali jumpa mereka dalam Piala Sudirman, tahap permainan mereka hari ini lebih berkelebihan.
"Jadi kami perlu cari jalan untuk tukar permainan. Kami perlu lebih bersedia dalam suku akhir kelak."
Wooi Yik pula beranggapan: "Permainan mereka pada hari ini sangat mantap, mungkin suasana di sini lebih sesuai dengan mereka jadi kami perlu melengkapkan lagi permainan kami."

Aksi yg bertenaga dpd Leong Jun Hao utk menewaskan Kenta Nishimoto di perlawanan terakhir lwn Jepun di peringkat kumpulan.#PialaThomas2020 #ThomasCup2020 #sokongmalaysia pic.twitter.com/ZbiF0JHorA
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 14, 2021
Dalam pertarungan pembukaan, Lee Zii Jia jelas mahu menetapkan petanda aras buat kem negara tetapi kali ini terpaksa akur dengan kehandalan Kento Momota.
Pertemuan ketiga berturut-turut mereka dalam dua kejohanan terakhir ini menyaksikan tuah lebih memihak bintang nombor satu dunia tersebut selepas aksi sepanjang 1 jam 20 minit itu berkesudahan 15-21, 21-12, 23-21.
WHAT A GAME!! Berpeluh tangan tengok perlawanan mendebarkan ni tetapi apakan daya, Lee Zii Jia tewas di perlawanan pertama.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 14, 2021
Jepun 1-0 Malaysia#PialaThomas2020 pic.twitter.com/iDRFrtEXZo
Bagaimanapun, harapan untuk menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelmakan cabaran sengit kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak direalisasikan apabila kesilapan sendiri kerap memerangkap mereka untuk akur tewas 13-21, 13-21.
Di manakah silapnya Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila kalah straight set kpd Takuro Hoki-Yugo Kobayashi?
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 14, 2021
Jepun 2-0 Malaysia#PialaThomas2020 #sokongmalaysia pic.twitter.com/IStqaqwK4s