Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama

jia.jpg

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menyumbangkan mata pertama dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas menentang pemain perseorangan dari Jepun, Kenta Nishimoto di Chengdu, China sebentar tadi.

Permainan yang mengambil masa selama 33 minit itu menyaksikan Zii Jia mudah menjinakkan cabaran dengan hanya bermain dua set sahaja.
 
Perlawanan seterusnya akan menyaksikan wakil beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun berdepan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, sebentar lagi.

Advertisement

Must Watch Video