Beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu, mengakui Malaysia bukanlah pasukan yang mudah ditumbangkan menjelang aksi separuh akhir Piala Thomas di Chengdu petang esok.
Biarpun diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk ke final, Ji Ting enggan berasa terlalu selesa kerana sedar ancaman yang mampu diberikan pasukan negara.
"Saya rasa mereka boleh bermain dengan baik kerana apabila kami melihat cara mereka, kami rasa ia akan menjadi perlawanan yang amat sengit," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
Xiang Yu pula mengakui pasukannya kini dibarisi pemain muda dan berada di ranking lebih rendah tetapi yakin kesemua rakan sepasukannya akan memberikan yang terbaik dalam pertemuan esok.
"Ia memang akan menjadi satu perlawanan penting, jadi kami akan lakukan yang terbaik untuk memenangi pertarungan separuh akhir itu nanti."