Pemain berusia 27 tahun itu turut menjelaskan dia bersama pasangan beregunya Soh Wooi Yik yang berada di ranking keenam dunia itu berada kini keadaan baik dan bersedia sepenuhnya walaupun terpalit masalah kecederaan.
Untuk rekod, kali terakhir wakil beregu lelaki negara muncul juara kejohanan berstatus Super 1000 itu adalah ketika gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah menewaskan lawan dari China Chai Biao-Hong Wei pada 2014.
? Gearing up for the big stage!
— BAM (@BA_Malaysia) January 5, 2025
Our Malaysian shuttlers are hard at work during the training session ahead of the #PETRONASMalaysiaOpen2025 opener?
Don’t miss the action live at Axiata Arena! ?️ Secure your tickets now https://t.co/DlB3YLCi4u
Let’s cheer them on as they… pic.twitter.com/l1aiNIKCtz
"Saya rasa kami sudah membuat persiapan dengan baik walaupun ada kecederaan. Saya rasa ia sangat bagus buat perkembangan beregu lelaki negara, siapa pun beregu nombor satu negara, mereka tetap bawa nama Malaysia. Mereka cukup bagus beraksi dalam kejohanan sebelum ini juga.
"Everyone is rising up"
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 6, 2025
Aaron Chia anggap peningkatan Goh Sze Fei-Izzuddin suatu persaingan yang sihat untuk badminton kebangsaan.
Laporan penuh Nadi Arena@ASTROARENA pic.twitter.com/3aoFLYUXKN
"Saya percaya dalam enam tahun ini semua wakil negara mahu cipta nama ketika beraksi di laman sendiri, ada teruja dan tekanan juga. Semua pemain akan lakukan yang terbaik. Semua pemain berjuang untuk perjalanan karier mereka sendiri." katanya hari ini.