Skip to main content

Advertisement

Badminton

Peng Soon-Liu Ying sasar Piala Sudirman kukuhkan peluang ke Sukan Olimpik

chan-peng-soon.jpg
Kemungkinan penyenaraian beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dalam skuad Piala Sudirman 2019 bukan sahaja bermanfaat buat Malaysia dalam kejohanan berpasukan itu, malah membantu kelayakan dua beregu campuran negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Piala Sudirman menawarkan mata kelayakan berharga ke temasya Tokyo 2020 buat mereka yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Bagi saingan beregu, sebuah negara memiliki peluang untuk diwakili dua gandingan andai mereka menamatkan tempoh kelayakan dalam kelompok lapan terbaik.

Berdasarkan kedudukan ranking dunia semasa, Peng Soon-Liu Ying berada di ranking kelima dunia sementara beregu campuran terbaik skuad kebangsaan, Goh Soon Huat-Shevon Lai, di kedudukan kesembilan. 

"Kalau Sukan Olimpik berlangsung dua tahun lagi, saya mungkin boleh berikan peluang kepada pemain lain.

"Tetapi, setiap negara kini menurunkan dua beregu campuran terbaik mereka tahun ini.

"Ini peluang yang baik untuk kami mengutip mata. 

"Saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berikan peluang kepada kami," jelas Peng Soon. 

Peng Soon akan menjadikan Kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil dari 2-7 April ini sebagai medan untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan untuk disenaraikan dalam Piala Sudirman di samping satu lagi gandingan.

Dalam Terbuka Malaysia, Peng Soon-Liu Ying akan membuka kempen menentang beregu campuran dari Jepun, Kohei Gondo-Ayane Kurihara.

"Rentak kami sedikit terjejas pada awal tahun berikutan rehat panjang. Kami perlu mengembalikan kecergasan dan sebab itulah pencapaian kami dalam Terbuka Jerman dan Seluruh England tidak berapa memberangsangkan.

"Selepas kembali daripada kejohanan di Eropah, kami telah berusaha meningkatkan tahap fizikal," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video