Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim, menggesa beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, untuk segera mencari rakan sepelatih terbaik andai menginginkan prestasi konsisten di pentas antarabangsa.
Meskipun pasangan itu sudah mendapatkan khidmat bekas pemain beregu nombor satu negara, Chew Choon Eng, sebagai jurulatih, namun ia masih belum cukup untuk menjamin prestasi konsisten tanpa rakan sepelatih.
Perjalanan karier sebagai pemain profesional cukup mencabar dan gandingan nombor lima dunia itu perlu segera mencari jalan penyelesaian itu menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Mei depan.
Peng Soon-Liu Ying sebelum ini meraih gelaran sulung sebagai beregu profesional dalam Masters Thailand, Januari lalu, namun gagal memberikan impak dalam Terbuka Jerman selepas tersingkir seawal pusingan pertama kepada pasangan Russia, Evgenij Dremin-Evgenia Dimova, Selasa lalu.
"Mereka sudah berada di kedudukan ranking terbaik, namun mereka kekurangan rakan sepelatih untuk persediaan menghadapi kejohanan antarabangsa.
"Hanya isu itu yang membelenggu mereka buat masa ini.
"Ia juga menjadi penyebab mengapa mereka gagal mempamerkan aksi konsisten.
"Jika mereka mempunyai rakan sepelatih yang mencukupi, mereka pasti akan kembali meningkat naik," katanya.
Menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England yang bermula esok, Roslin mengharapkan prestasi bekas beregu campuran negara itu akan lebih baik dengan bantuan Choon Eng.
"Saya berharap persiapan mereka untuk kejohanan itu tidak berkurangan.
"Namun, kita dapat lihat prestasi pemain dalam kategori lain seperti Lee Zii Jia juga tidak begitu teruk.
"Apa yang penting, mereka perlu memanfaatkan setiap waktu yang ada untuk melakukan persiapan," tambahnya.