Wakil profesional bukan untuk dimusuhi tetapi wajar dijadikan sebagai pembakar semangat positif dalam mengharumkan nama Malaysia.
Berdasarkan ranking dunia ketika ini, pasangan profesional seperti beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, berada dalam kedudukan baik untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini bermakna tekanan berada di pihak pasangan naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Untuk sesebuah negara memiliki dua wakil dalam acara beregu dalam temasya Tokyo 2020, mereka perlu menamatkan kempen kelayakan dalam kelompok lapan terbaik.
"Mereka (beregu profesional) juga mewakili negara, jadi kita usahlah pandang perkara kecil, sebaliknya lihat aspek yang lebih besar.
"Lawan kami adalah pemain luar negara, bukannya daripada pemain Malaysia sendiri," kata Kian Meng.
Kian Meng-Pei Jing berada dalam kedudukan lebih sukar untuk ke Tokyo memandangkan ranking semasa meletakkan mereka di kedudukan ke-29 dunia.
Begitupun, Kian Meng kekal tenang sambil menegaskan masih ada waktu untuk mereka memperbaiki ranking sebelum kelayakan Sukan Olimpik bermula pada hujung April depan.
"Saya akui ranking kami agak ketinggalan jauh.
"Memandangkan ranking kami menurun manakala kedudukan kami dalam sesebuah kejohanan pula dipengaruhi ranking, maka kami sering mendapat undian yang sukar," ujarnya.