Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dalam pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF, di Paris, malam tadi.
Wakil negara yang turun selaki pilihan kedua kejohanan itu mengakhiri kempen dengan membawa pulang pingat perak selepas tewas kepada pasangan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi rubber set 14-21,22-20,21-17.
"Mereka sudah dekat sangat untuk sampai menjadi pemain nombor satu dunia, mereka kalah bermaruah, tiada sikap berputus asa dan sentiasa kejar walaupun ketinggalan. Saya puji semangat juang tinggi.
"Set pertama mereka kalah mudah dan beri kelebihan buat wakil China, kerana mereka kurang berikan tenaga dalam set pertama berbanding kedua dan ketiga." katanya.
Untuk rekod, kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah turut melakar sejarah apabila menjadi beregu wanita negara pertama yang mara ke pentas akhir dan bergelar naib juara dunia.

#BWFWorldChampionships2025
— BAM (@BA_Malaysia) August 31, 2025
WD | FINAL#CHN?? Liu Sheng Shu-Tan Ning 1️⃣ def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ 21-14 20-22 21-17
⏱️1h 23m
Pearly Tan & M Thinaah’s valiant run ends with a historic silver medal – Malaysia’s first-ever women’s doubles finalists at the world meet!… pic.twitter.com/ePH9JypgIc