Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih, pemain dan pengadil wajar diberi suara dalam dasar FAM

Jurulatih, pemain dan pengadil wajar diberi suara dalam dasar FAM

Suara pemegang taruh utama seperti jurulatih, pemain dan pengadil perlu diberikan ruang yang lebih besar dalam proses membuat keputusan serta pembentukan dasar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pandangan itu disuarakan pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim susulan perkembangan terkini berkaitan penentuan jumlah ahli gabungan baharu yang dijangka dimuktamadkan penghujung bulan ini menjelang Kongres Pemilihan FAM yang dijadual berlangsung pada September depan.

Menurutnya, golongan yang terlibat secara langsung dalam ekosistem bola sepak negara mempunyai pengalaman dan pemahaman mendalam mengenai cabaran sebenar yang dihadapi di peringkat akar umbi serta profesional.

Justeru, penglibatan mereka dalam struktur pentadbiran dan proses membuat keputusan mampu membantu FAM menghasilkan dasar yang lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.

Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan pertambahan ahli gabungan baharu dalam FAM yang bakal memainkan peranan penting pada Kongres Pemilihan akan datang.

Dalam masa sama, Zakaria berpandangan badan-badan berkepentingan seperti Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Pengadil yang dihidupkan semula perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan sebelum diberikan hak sebagai ahli gabungan.

Menurutnya, penyertaan badan-badan tersebut dalam struktur FAM amat penting kerana ia dapat memastikan kebajikan serta kepentingan ahli di bawah naungan masing-masing terus dipelihara.

Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap badan yang mewakili pemain dan pengadil mampu mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih seimbang dan inklusif.

Dalam masa sama, Zakaria turut mengingatkan PFAM agar sentiasa memahami tanggungjawab utama mereka sebagai badan yang memperjuangkan hak serta kebajikan pemain bola sepak negara.

Katanya, perjuangan mempertahankan kebajikan pemain tidak seharusnya terhad kepada isu kontrak atau pembayaran gaji semata-mata, sebaliknya perlu meliputi aspek pembangunan kerjaya, perlindungan sosial, pendidikan serta masa depan pemain selepas bersara.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab besar itu perlu digalas sepenuhnya oleh kepimpinan persatuan, khususnya presiden yang sering lantang memperjuangkan nasib dan kebajikan pemain di negara ini.

Dengan Kongres Pemilihan FAM semakin hampir, perkembangan mengenai status ahli gabungan baharu dijangka terus menjadi perhatian kerana ia berpotensi mempengaruhi landskap pentadbiran bola sepak Malaysia pada masa hadapan.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Related Topics

Must Watch Video