"Saya tahu Pearly Tan tidak mudah mengalah."
Demikian reaksi beregu wanita negara, M. Thinaah, yang akan kembali ke gelanggang bermula dalam Terbuka Denmark 2022, Selasa depan.
Ia secara tidak langsung kembali membuka peluang buat pasangan wanita nombor satu negara itu untuk merebut mata kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF musim ini di Guangzhou, China dari 14 hingga 18 Disember depan.
Bagaimanapun, Thinaah menjelaskan enggan terlalu mendesak pasangannya yang baru pulih daripada kecederaan hamstring yang dialaminya dalam Terbuka Jepun, awal bulan lalu.
Apa yang penting ketika ini, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu melihat proses pemulihan lutut Pearly sebagai petanda positif untuk mereka kembali ke gelanggang memandang sudah berehat lebih sebulan.
"Semangatnya untuk kembali ke gelanggang sangat kuat jadi saya tidak begitu khuatir tentangnya.
"Saya lihat pemulihannya berjalan dengan baik dan lebih cepat daripada jangkaan awal.
"Saya hanya mahu dia berasa 100 peratus sebelum kembali menyertai pertandingan.
"Kami teruja untuk mengharungi siri kejohanan di Eropah memandangkan sebelum ini penyertaan kami masih lagi samar-samar, sebab itu ketika ini kami teruja.
"Berdasarkan undian, kami tidak akan menempuhi laluan mudah," katanya kepada Nadi Arena di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Jelajah Eropah akan bermula di Odense diikuti Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.