Skip to main content

Advertisement

Badminton

Paulus yakin dengan kemampuan Aaron-Wooi Yik

paulus.jpg
Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman, optimis pasangann Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sudah mampu untuk berdiri setanding dengan pasangan ternama dunia yang lain berdasarkan pencapaian dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 biarpun umur mereka masih muda.

Biarpun kecewa anak didiknya gagal menjadi wakil Malaysia yang kesembilan untuk memenangi kejohanan itu, Paulus mengakui Aaron dan Wooi Yik mempunyai kredibiliti untuk menjadi salah satu gandingan terbaik dunia.

Di sebaliki kemarau sebarang kejuaraan sejak mula digandingkan pada 2017, Aaron dan Wooi Yik dilihat mampu untuk mengatasi senior mereka, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, dan tidak mustahil bersaing dengan pasangan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, merebut slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Saingan kelayakan akan bermula 1 Mei depan dan 16 gandingan terbaik sahaja yang akan layak dengan satu negara hanya diperuntukkan dua wakil sahaja.

"Mereka telah mempamerkan kejutan beraksi berdepan beberapa beregu yang berada dalam kelompok 10 terbaik. Mereka masih lagi muda dan saya berharap peningkatan dapat dipamerkan selepas ini," katanya.

Dalam masa sama, Paulus juga yakin mata ranking Aaron dan Wooi Yik akan bertambah berdasarkan prestasi mereka dalam kehohanan itu dan tidak mustahil untuk mencapai sasaran lolos dalam kelompok 10 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.

Aaron dan Wooi Yik kini berada di tangga ke-18 dunia, hanya empat tangga dipisahkan dengan V Shem-Wee Kiong.

"Buat masa ini, kami meletakkan sasaran untuk meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam ranking dunia dan memastikan layak ke Sukan Olimpik," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video