Ketika ditemu bual tentang apa yang ingin mereka luahkan kepada rakyat Malaysia dalam penampilan kali pertama dalam Sukan Olimpik, Tang Jie dan Ee Wei mohon untuk rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat mereka.
"Keluarga saya ada datang dan saya harap saya boleh tampilkan persembahan yang terbaik dari saya.The part of the interview that you probably didn’t see.
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 27, 2024
Proud to have witnessed Chen Tang Jie & Toh Ee Wei’s rise in World Badminton, from Juniors all the way as Olympians at #Paris2024
More so them as human beings after Ee Wei said to Tang Jie “Saya Ada”#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/r066GQnKs1
"Sudah pasti peminat juga selalu ada untuk menyokong kami.
"Saya berharap yang kami boleh berikan yang terbaik untuk kejohanan kali ini.
Bang Med juga berkongsi bahawa Ee Wei sempat mencelah dan membuatkan Tang Jie selesa disulami perasaan gembira walaupun keluarganya tidak dapat hadir ke Paris.
"Keluarga saya tidak datang," katanya sebelum Ee Wei mencelah: "Saya ada.
"Saya harap semua rakyat Malaysia sokong saya, tengok kami bermain dan itulah yang membantu untuk tingkatkan motivasi kami."
Tang Jie dan Ee Wei akan turun semula ke gelanggang petang ini dalam aksi kedua menentang Vinson Chiu dan Jennie Gai dari Amerika Syarikat (AS).