BADMINTON
Paris 2024: Masalah lutut halang Tai Tzu-ying teruskan karier
Pemain badminton wanita Taiwan, Tai Tzu-ying, bukan sahaja menamatkan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 bahkan kerjaya profesionalnya selepas seteru lamanya, Ratchanok Intanon, dari Thailand.
Kekalahan 19-21, 15-21 itu merupakan kekecewaan keduanya peringkat kumpulan selepas bergelut dengan kecederaan lutut kanan sejak penghujung tahun lalu.
Sebelum temasya di Perancis itu, pemain berumur 30 tahun itu yang memakai pendakap di kedua-dua lututnya mengumumkan bahawa ini akan menjadi tahun terakhirnya dalam kancah profesional.
Iklan
Selepas berjabat tangan dengan Intanon, dia tiba-tiba menangis dan berkata, "Saya fikir saya sudah tidak mampu bersaing lagi tetapi sekarang saya sangat berpuas hati kerana dapat melangkah ke gelanggang," katanya di CNA awal pagi tadi.
Kecederaan lututnya bertambah buruk dan terpaksa berehat sejak Piala Thomas, akhir Mei lalu, malah mendedahkan dia menghadapi masalah lain sebelum kempen bermula.
"Saya tidak stabil daripada segi emosi tetapi pasukan saya dan Dr. Lin Yin-chou memberi inspirasi dan saya meneruskan rawatan. Secara semula jadinya saya tidak boleh berputus asa dengan diri sendiri."
Tzu-ying menutup kepalanya dengan tuala dan menangis teresak-esak di tepi gelanggang sambil menerima tepukan gemuruh oleh penonton di Arena Porte de La Chapelle, tetapi tetap berbangga dengan persembahan terakhirnya dalam Olimpik.
"Sebelum berlepas ke Sukan Olimpik, ramai orang memberitahu saya untuk kembali merebut emas tetapi saya sedar tidak mampu. Ini menyebabkan saya melalui emosi yang rumit."
Must-Watch Video