Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Linangan air mata Jin Wei demi rakyat Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jin-wei-goh.jpg
Susulan kekalahan perseorangan wanita tunggal negara, Goh Jin Wei kepada pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun pada peringkat Kumpulan H temasya Sukan Olimpik Paris, ratu badminton negara itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya kerana gagal mara ke pusingan suku akhir.

Lebih sebak apabila dia lebih memikirkan tentang harapan rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakangkepada dirinya untuk bertarung sehingga keringat terakhir.
 

"Sebab saya berguguran air mata kerana rakyat Malaysia dan penyokong memberikan penuh sokongan kepada saya dan mengharapkan saya mampu ke pusingan seterusnya, tetapi saya tidak mampu.

"Saya berjanji akan kembali lebih kuat dari sebelum ini," ujar Goh Jin Wei.

kredit imej: MOM

Advertisement

Must Watch Video