Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Lee Zii Jia mahu terus fokus, enggan rai terlalu awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Kejayaan melangkah ke separuh akhir menyaksikan perseorangan negara, Lee Zii Jia, mengikut jejak langkah Datuk Rashid Sidek di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Datuk Lee Chong Wei dalam tiga edisi olimpik berturut-turut bermula pada Beijing 2008.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu berasakan tumpuan harus dikekalkan agar dia berhasil menjadi perseorangan lelaki yang berupaya untuk menyumbang pingat di temasya paling berprestij itu.

Zii Jia mempamerkan aksi memberangsangkan untuk menewaskan wakil Denmark, Anders Antonsen, dalam aksi straight set di Arena Port De La Chapelle, awal pagi tadi.

Dia kini perlu mencongak strategi terbaik untuk berdepan juara bertahan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, untuk menempah tiket ke final di Paris.


 

"Semestinya saya gembira melangkah ke pusingan separuh akhir, tetapi masih awal untuk meraikannya. Saya kena sentiasa bersedia.

"Saya lebih tenang nampaknya, dan saya dapat rasa dalam aksi semalam Anders Antonsen benar-benar mahukan kemenangan. Ia berbeza berbanding Antonsen yang saya pernah lawan sebelum ini. Inilah Sukan Olimpik, apa-apa boleh terjadi." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video