Kejayaan Lee Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi satu pencapaian yang terbaru dalam sukan badminton tanah air.
Zii Jia, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan wakil India, Lakshya Sen, dalam aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena semalam.
Kejayaan pemain itu menjadikan dirinya sebagai pemain perseorangan ketiga meraih pingat di pentas Sukan Olimpik, selepas Rashid Sidek ketika Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Lee Chong Wei (Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016).
Apa yang lebih menarik, Zii Jia merupakan pemain profesional pertama negara yang meraih pingat di temasya berprestij itu.
Berdasarkan persembahan yang ditampilkan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, Zii Jia membuktikan kewibawaan untuk terus mencipta kejayaan buat Malaysia pada masa akan datang.

Pemain badminton perseorangan ketiga raih pingat Olimpik
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) August 5, 2024
Lee Zii Jia menjadi pemain perseorangan ketiga negara selepas Rashid Sidek (1996) dan Datuk Lee Chong Wei (2008.2012,2016) meraih pingat dalam sejarah Sukan Olimpik.#Paris2024 #SukanOlimpik #OlympicParis #LeeZiiJia pic.twitter.com/tXpjmZJgLt