Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Lee Zii Jia bina momentum terbaik menjelang penyertaan kedua

lee-zii-jia.jpg
Lee Zii Jia menjadi sandaran negara untuk mengibarkan cabaran dalam Sukan Olimpik Paris 2024 setelah penampilan pertamanya dalam edisi Tokyo 2020. 

Dia dalam momentum terbaik selepas mendaki satu anak tangga untuk menguasai ranking ketujuh dunia. 

Kejayaannya merangkul gelaran Terbuka Thailand selain mengatasi Kodai Naraoka dalam final Terbuka Australia menyaksikannya kini mengumpul 78816 mata BWF, sekali gus merampas kedudukan pemain dari Jepun itu. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)


Advertisement

Must Watch Video