BADMINTON
Paris 2024: Layak ke separuh akhir, ini tiga fakta mengenai Pearly Tan-M. Thinaah
Selepas melangkah ke pusingan separuh akhir, perjalanan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah mempunyai beberapa fakta menarik.
Antaranya adalah temasya Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan 'debut' pertama buat beregu wanita itu dalam acara sukan paling berprestij itu.
Kedua pula, beregu di kedudukan ke-13 dunia itu mencipta sejarah apabila menjadi wakil negara pertama layak ke pusingan separuh akhir Sukan Olimpik selepas kali terakhir adalah ketika Vivian Hoo bersama Woo Khe Wei dalam edisi Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016.
Iklan
#Olympics #Badminton | WD Quarterfinal#MAS?? Pearly Tan-M Thinaah def. #KOR?? Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12 21-13*Our ladies make history by becoming the FIRST Malaysian women's doubles pair to reach the Olympic semifinals! ?#Paris2024#DemiMalaysia pic.twitter.com/ZZigA6guNn— BAM (@BA_Malaysia) August 1, 2024
Seterunya pula, mereka berjaya membenam cabaran pemenang pingat emas dalam edisi lalu iaitu gandingan dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti hanya dalam tempih 30 minit dalam peringkat Kumpulan A di Arena Porte de la Chapelle, Selasa lalu.
Mereka akan kembali membuat perhitungan semula dengan wakil China, Chen Qingchen- Jia Yifan, tengah hari esok bagi melunaskan hajat ke perlawanan akhir.
Must-Watch Video