Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan sasaran satu pingat emas buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula 26 Julai ini.

Jelasnya, sukan berbasikal trek serta badminton diletakkan selaku harapan untuk meraih emas pertama dalam sejarah penyertaan temasya sukan terbesar dunia itu.

Hannah turut berharap agar persiapan kesemua atlet negara yang akan beraksi di Paris berjalan lancar tanpa sebarang isu terutama kecederaan.




"Kita berharap sama ada berbasikal trek, badminton ataupun suakn yang lain. apabila atlet telah melayakkan diri, mereka ada peluang untuk bawa balik pingat.

"Bukan kita tidak mahu gangsa, perak tapi hasrat negara ialah satu pingat emas. Oleh itu sasaran kita adalah satu pingat emas," katanya dalam satu majlis menandatangani memorandum perjanjian penajaan di ibu negara, hari ini.