BADMINTON
Paris 2024: Dua rakan karib sama-sama hadiahkan pingat gangsa buat negara
Selepas 10 tahun, akhirnya dua rakan karib, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik, sama-sama menghadiahkan pingat gangsa buat negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024 untuk membanggakan rakyat Malaysia.
Seperti sedia maklum, Zii Jia dan Wooi Yik merupakan kawan baik sejak dari dulu lagi dan menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal permulaan karier masing-masing.
Perseorangan lelaki nombor satu negara itu mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan jaguh India, Lakshya Sen, dalam penentuan pingat gangsa manakala, Soh Wooi Yik yang bergandingan bersama Aaron Chia mengulangi pencapaian ketika di edisi lalu, Tokyo 2021, untuk membawa pulang pingat gangsa buat negara.
Iklan
Must-Watch Video