Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, menjelaskan Ng Yze Yong masih memerlukan masa untuk dibentuk sebagai pemain perseorangan kebangsaan serba lengkap.
Tidak seperti Lee Zii Jia dan Datuk Lee Chong Wei, Tze Yong sebaliknya merupakan seorang pemain yang memerlukan rentak permainan dalam misi menjuarai kejohanan.
"Kekuatan Chong Wei dan Zii Jia tidak jauh tapi Tze Yong adalah berbeza.
"Dia perlu membina rentaknya dan ia memerlukan masa.
"Selama ini kami tidak sempat membentuknya tapi dalam tempoh sebulan ini, kami fokus tahap kekuatan dan kecergasannya," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Jalil hari ini.
Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, senada mengenai gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris buat kali pertama.
Jelas Nova, mereka kini sudah 90 peratus pasti untuk beraksi dalam temasya tersebut.
"Mungkin orang luar nampak kami sudah berada di zon selamat.
"Tapi saya tidak mahu terlalu keyakinan (untuk layak).
"Mungkin beregu di ranking lebih rendah dapat mengumpul mata melalui kejohanan lebih rendah," katanya pula.