Naib juara Terbuka Arctic itu dilaporkan akan kembali untuk menjalani latihan berintensiti tinggi pada November atau Disember tahun ini sebelum boleh kembali sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan.
Begitupun, Jasmiza turut menegaskan bahawa tahun ini merupakan tahun dimana pemain berusia 24 tahun itu untuk menjalani tempoh pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
Tiada kemunculan Ng Tze Yong dalam jelajah antarabangsa tahun ini?
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) August 27, 2024
“Saya boleh katakan mungkin tahun ini adalah tahun Tze Yong recovery sepenuhnya - Dr Jass Khuzairi, Pakar Perubatan ISN
Speedy recovery Tze Yong! Miss you back on court!?️@ASTROARENA pic.twitter.com/TkBJOoACDb
"Semestinya dalam peringkat awal, kita risau kecederaan yang dia lalui akan berulang, tetapi selepas melakukan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan kita dapati keputusannya positif.
"Sekarang dia perlu fokus, positif dalam proses perjalanan pemulihannya. Kita akan bantu dari aspek psikologi, kita akan minta pakar psikologi daripada BAM untuk bantu dia perkuatkan aspek mental untuk menghadapi ketakutan.
RESULTS: #ArcticOpen2023
— BAM (@BA_Malaysia) October 15, 2023
FINAL#MAS?? Lee Zii Jia(8) def. #MAS?? Ng Tze Yong 21-14 21-15
In an unforgettable all-Malaysian showdown, Zii Jia has emerged victorious, defeating compatriot Tze Yong ??
Congratulations to both athletes for their solid performance!
The… pic.twitter.com/M77UDwsypn
"Kita jangkakan dia akan kembali dalam bulan lapan untuk dia berlatih kembali dalam gelanggang, tetapi selepas perbincangan bersama jurulatih dan BAM. Kita harap dia tidak tergesa-gesa untuk kembali susulan kecederaan dan dia juga masih muda.
"Kita jangkakan, dalam bulan November atau Disember baru jurulatih boleh beri latihan berintensiti tinggi sebelum boleh beraksi dalam kejohanan. Saya boleh katakan tahun ini adalah tahun Tze Yong menjalani pemulihan sepenuhnya." katanya dalam wawancara bersama Nadi Arena.