Skip to main content

Badminton

MotoGP Malaysia: Dua pelumba Moto2 negara janji tunggangan lebih baik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azroy-hakeem-moto2.jpg
Dua pelumba wildcard Moto2 negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman, berjanji akan mempamerkan aksi lebih baik dalam saingan hari kedua Kejuaraan Dunia MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) esok.

Ini selepas kedua-dua pelumba itu masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-29 dan 30 dalam sesi latihan bebas hari ini

Helmi, dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkata: "Kami bermula dengan baik dan Alhamdulillah, jentera juga tiada apa-apa masalah, semua berjalan dengan lancar.

"Jadi, saya cuba untuk mendapatkan keselesaan saya sepert tahun lalu dan dalam masa sama cuba untuk lebih cepat menyesuaikan diri.

"Tetapi mereka semakin laju dan peningkatan saya masih tidak cukup. Jadi saya hanya fokus untuk meningkatkan diri saya."

Azroy Hakeem pula menambah: "Saya harap semua dapat menyokong kami walaupun kami sedang berada di bawah atau di atas.

"Kerana sokongan anda amat bermakna buat kami."
 
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video