Meskipun terselit rasa tidak puas hati terhadap prestasi diri, pemaoin beregu campuran badminton negaram Chen Tang Jie, enggan menjadikannya sebagai alasan untuk terus dihantui kekecewaan.
Sebaliknya, dia mahu melihatnya daripada sudut positif dengan menumpukan usaha memperbaiki setiap kelemahan yang telah dikenal pasti.
"Orang melihat kita untuk menjadi lebih baik.
"Saya tidak marah, mungkin saya ada membuat kesilapan dan saya akan bangkit semula.
"Saya berjanji dalam karier saya, saya akan lakukan yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Sedar akan situasi itu, sasaran utamanya kini tertumpu kepada Masters Orleans bulan depan, kejohanan yang pernah menjadi pentas kejayaan manis bagi dia dan pasangannya, Toh Ee Wei, di mana mereka meraih gelaran Jelajah Dunia BWF pertama pada 2023.
"Ia memang meninggalkan kenangan manis kerana itu adalah gelaran pertama kami di sana.
"Jadi, ini adalah peluang untuk sekali lagi saya menerima cabaran dan saya berharap dapat mengulangi kejayaan itu," tambahnya.